Apa Itu Dropship, Dekat Mana Anda boleh Mula Untuk Perniagaan Bersistemkan Dropship ini?

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Korang mesti pernah dengar tentang dropship, ada yang berjaya jadikan dropship sebagai kerja full-time, dan ada juga yang jadikan dropship sebagai cara dapatkan side-income mereka. Dropship juga kerap dijadikan cara untuk orang ramai berjinak dengan dunia perniagaan. Tetapi, tetap ada segelintir besar yang masih tidak memahami bagaimana dropship berfungsi?

Gambar di bawah menerangkan bagaimana sistem dropship berfungsi;

dropship business sistem

Kesimpulannya, korang tak perlu susah-susah simpan stok banyak-banyak dalam rumah untuk mulakan business ini. Cukup sekadar mempunyai pembekal yang dipercayai dan beberapa skill yang perlu korang mahir seperti copywriting dan social media marketing, sudah memadai untuk korang berjinak dengan model business ini.

Korang tak semestinya perlukan website sendiri untuk mulakan business dropship ini. Cukup sekadar promote dan ambil order di WhatsApp atau Instagram pun dah boleh buat duit.

Tapi macam mana nak mula? Berapa sahaja untung yang boleh diperoleh dengan menggunakan business model ini? Mari saya terangkan;

1. Pilih jenis produk yang anda mahu jual

Kebiasaannya, ramai yang memilih barangan untuk dijual mengikut trend semasa. Contoh seperti kasut, baju, jam tangan, dan banyak lagi. Ingat, ini merupakan salah satu langkah yang penting dan berpengaruh kepada perniagaan anda. Jadi please sangat-sangat, pilih barang atau niche korang sebaik mungkin. Sudah selesai tentukan?

2. Cari pembekal yang dipercayai

Dekat mana nak cari pembekal? Baik, misalnya, korang pilih untuk jual kasut. Maka cubalah usya-usya sikit mana-mana business kasut yang trusted di Instagram atau Facebook dekat luar sana. Perhatikan bilangan pengikut mereka, dan feedback-feedback dari pelanggan business tersebut dahulu sebelum memilih mereka sebagai pembekal korang untuk elakkan sebarang penipuan. Langkah ini tak adalah susah mana jika korang pilih niche yang tengah trending sekarang. Baik. Dah jumpa pembekal? Dah pastikan yang mereka betul-betul trusted? So apa nak buat sekarang? Next;

3. Pilih barangan daripada pembekal untuk anda promote dan jual

Saya sarankan anda untuk pilih barangan dengan kualiti terbaik dan harga yang berpatutan sebab takkanlah baru mula sahaja dah nak jual barang RM100 ke atas kan. Seterusnya, dapatkan harga dropship dari pembekal. Harga dropship perlulah tinggi dari harga asal produk pembekal tu. Kalau tak dekat mana korang nak dapat untung kan. Jadi, tolong letak harga yang bersesuaian iaitu yang sudah ditolak dengan kos-kos tertentu, seperti kos postage. Kalau nak selamat, letaklah harga yang batas untungnya di atas RM10. Contohnya, kalau harga asal produk yang hendak dijual adalah RM40, maka anda juallah pada harga RM60. So, untung RM20 dekat situ dah boleh guna untuk cover kos postage terus. Masih tak faham cara kira untung? Baik, di bawah adalah formulanya.

HARGA DROPSHIP – HARGA ASAL PEMBEKAL = UNTUNG ANDA

Pengiraan Untung Dropship

4. Promote, promote, promote.

Dah ada gambar dan detail produk? Tapi tak tahu nak promote dekat mana? Tak perlu susah-susah fikir, buat sakit kepala sahaja. Cukuplah dengan tempek gambar-gambar dekat status WhatsApp dan story Instagram korang. Tapi, lagi bagus kalau korang buka IGShop sendiri, mudah untuk diurus dan tampak lebih professional. Dekat situ, anda post lah berapa banyak pun gambar produk, tak ada masalah.

5. Hantar detail customer kepada pembekal

Ada customer? Sabar, jangan panik, tenang. Jika sudah selesai bincang-bincang harga dengan customer dan customer bersetuju untuk beli dari korang, minta sahaja customer bank in atau transfer bayaran mengikut harga dropship yang korang dah tetapkan ke akaun bank korang. Selepas itu, korang boleh hantar detail mereka seperti nama, alamat, dan no. telefon kepada pembekal disertakan bayaran mengikut harga asal. Maka, selesailah satu order, simple kan?

Jadi berapa sahaja keuntungan yang boleh kita dapat dengan menggunakan sistem dropship ini? Jawapannya mudah, bergantung kepada usaha korang. korang semua berusaha dan dapat kuantiti jualan dalam sehari yang banyak, tidak mustahil untuk korang sara hidup dengan hanya berniaga dari rumah.

Nak join dropship dengan saya? WhatsApp sahaja. Tak ada bayaran permulaan, tak perlukan modal langsung. Start dari 0. Hubungi saya sekarang!

POPULAR

TRENDING PADA HARI INI!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *