Cara Belajar Dengan Fokus : 6 Tips Penting!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Tak rasa hairan eh, bila nak study je tak jadi, bila nak study je ada yang ganggu, kadang-kadang rasa stress jugak bila nak study tu kawan text tanya pasal homework la pasal soalan spot la. At last, tak study terus kan. Itu maknanya, korang tak ada fokus masa belajar. “So, Fiq, apa nak buat sekarang ni?” Tak apa, kalini Afiq tinggalkan 6 tips nak fokus masa belajar yang insya-Allah dapat bantu korang nanti. (Utama sekali kaum kerabat yang suka study last-minute tu)

Cara otak kita berfungsi

Otak kita dah terbiasa buat kerja secara bersiri, bukan selari. Maksudnya, otak kita tak diprogramkan untuk buat kerja secara serentak – lebih baik jika fokus hanya pada satu perkara dalam satu masa. Tapi, sekarang ni banyak sangat perkara yang boleh ganggu otak kita dari terus fokus dengan baik utama sekali waktu belajar yang mana kita tak dilatih untuk mengatasi masalah ini. Berikut adalah 6 tips yang boleh korang guna untuk latih otak korang supaya terus fokus masa tengah study tu.

1. Buat satu perkara pada satu masa

Komitmen. Wujudkan komitmen untuk belajar satu perkara, ingat! Satu perkara sahaja untuk satu hari atau beberapa jam tertentu. Kurangkan tugas dan subjek lain sebanyak mungkin supaya korang boleh kekalkan fokus pada satu perkara tu je, dah selesai satu perkara tu baru korang move on to another task.

2. Plan mingguan

Dah tahu nak study apa pada satu masa atau hari tertentu? Dengan ini, lagi mudahlah korang plan atau urus diri dan rangka jadual waktu belajar korang dalam satu minggu.

3. Buang apa-apa yang boleh ganggu fokus korang

Dah tak reti ke nak alih phone tu jauh-jauh masa tengah study? Dah alih, jangan buat lupa nak silent pula. Kawan korang tu hantu dalam kacau orang tengah study. Meja belajar tu sepatutnya tak ada apa-apa kecuali bahan rujukan, buku latihan, dan alat tulis.

4. Rehat yang cukup

Tidur tu biar cukup 8 jam sehari. Rehat yang cukup adalah sangat penting! Tolong faham sikit yang otak korang tu perlu rehat jugak. Kesian la sikit dekat dia, asyik kena tekan je. Kalau nak otak perform dan recall benda yang korang dah belajar dengan mudah, bagi lah dia rehat yang cukup.

5. Cari dan cipta rutin sendiri

Dengan adanya rutin harian, korang boleh pastikan yang masa korang digunakan dengan baik dan tak banyak perkara yang akan alih perhatian korang dari belajar. Cari tempat yang selesa untuk belajar, meja belajar tu biar kemas dan rapi atau korang boleh pergi ke cafe terdekat untuk study, kat cafe tu boleh study sambil dengar lagu so bunyi-bunyi yang mengganggu tu korang boleh tune-out dan terus fokus pada perkara yang penting sahaja.

6. Ambil fokus sebagai satu pilihan dalam kehidupan korang

Amalkan dan latih kebolehan untuk fokus korang dari semasa ke semasa. Contohnya, buat komitmen untuk berhenti buka smartphone korang untuk beberapa jam dalam sehari, atau tak buka smartphone dulu pada waktu pagi.

POST TERBARU

3 Langkah Mudah Untuk Membina Kekayaan

Ramai nak kaya, tapi masih tak ada ‘mindset’ seorang yang memang nak berjaya. Kalau taknak belajar sekarang, bila? Tiga langkah mudah untuk membina kekayaan, tips yang boleh dipakai bagi orang yang betul nak berjaya.

Cara Belajar Dengan Fokus : 6 Tips Penting!

Belajar-belajar jugak, tapi kalau reti baca je tapi tak faham tak ke mana jugak, jom ikut 6 tips untuk fokus semasa belajar ni untuk selesaikan masalah ‘belajar’ korang tu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *