3 Langkah Mudah Untuk Membina Kekayaan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Sesetengah orang fikir nak kaya ni semudah belajar mengeja masa tadika dulu. Macam gampang ~ Kalau macamtulah mindset korang, bila nak berjaya? Kalau semua benda kita anggap remeh, dekat mana nak nampak usaha kita? Ya, semua orang nak kaya tapi apa langkah yang kita ambil untuk capai matlamat tu? Nak belajar mengeja dan mengira pun ada langkah mulanya. (Kalau korang cakap takde memang something wrong lah tu)

”Jadi Fiq, apadia 3 langkah mudah untuk bina kekayaan tu?” Ha kalau nak tahu korang baca sampai habis, jangan gatal tangan nak skip artikel ni. Masa baca artikel Afiq, jangan duk bawak perangai study last minute korang tu dekat sini. Baca bukan main cepat tapi yang faham? Apa pun tak ada. Dah cukup bebel, let just straight to the point.

3 langkah untuk membina kekayaan;

Untuk mengumpul dan menambah kekayaan korang perlu..

  • Buat ia berlaku. Korang perlukan sumber pendapatan jangka panjang yang cukup untuk cover perbelanjaan bulanan korang.
  • Menabung. Korang perlu cipta plan menabung yang proaktif.
  • Laburkan sebahagian dari pendapatan bulanan dengan bijak.

1. Jana duit yang cukup

Pendapatan yang korang peroleh datang dari ”apa yang korang buat untuk sara kehidupan harian.” (Ambil pen dan kertas dan tulis ni!)

  • Pertimbangkan apa yang anda nikmati atau enjoy kerana korang akan berjaya dari segi kewangan.
  • Pertimbangkan bakat anda kerana ia mungkin boleh digunakan untuk jana pendapatan baru.
  • Pertimbangkan apa yang akan menepati target kewangan anda.
  • Pertimbangkan macam mana nak capai semua tu.

Nilai jangkaan pendapatan korang ni setiap tahun tau.

2. Simpan atau menabung sedikit dari pendapatan bulanan

Untuk pastikan korang simpan dengan cukup, kemahuan korang tidak boleh sama sekali melebihi budget yang telah dibuat.

  • Catat perbelanjaan anda untuk at least 1 bulan.
  • Senaraikan keperluan dan kemahuan anda.
  • Ubah mengikut perubahan yang anda mahukan.

3. Laburkan dengan bijak

Buat penilaian mengikut situasi. Cipta penyata dasar pelaburan yang boleh sediakan matlamat dan objektif pelaburan yang umum. 

  • Tentukan objektif pulangan dan risiko pelaburan anda
  • Tentukan strategi pelaburan anda, jika boleh bersama dengan penasihat kewangan berdasarkan penyata dasar pelaburan yang anda cipta.

POST TERBARU

3 Langkah Mudah Untuk Membina Kekayaan

Ramai nak kaya, tapi masih tak ada ‘mindset’ seorang yang memang nak berjaya. Kalau taknak belajar sekarang, bila? Tiga langkah mudah untuk membina kekayaan, tips yang boleh dipakai bagi orang yang betul nak berjaya.

Cara Belajar Dengan Fokus : 6 Tips Penting!

Belajar-belajar jugak, tapi kalau reti baca je tapi tak faham tak ke mana jugak, jom ikut 6 tips untuk fokus semasa belajar ni untuk selesaikan masalah ‘belajar’ korang tu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *