TERMA & SYARAT

Anda perlu membaca keseluruhan dan memahami syarat dan terma yang telah ditetapkan sebelum terus berkunjung ke laman web ini. Berikut adalah terma & syarat. Sebagai makluman anda, AfiqAsyraf.com/ “pihak kami/pemilik” adalah merujuk kepada empunya Muhammad Afiq Asyraf iaitu pemilik yang mengoperasikan laman web ini. “Laman web” adalah merujuk kepada laman web yang beralamat di AfiqAsyraf.com. “Pelanggan/pengunjung” adalah merujuk kepada anda sebagai pelanggan atau pengunjung laman web kami. “Produk digital” pula merujuk kepada produk yang disediakan/dijual/diedarkan AfiqAsyraf.com kepada pelanggan dan pengunjung laman web dalam bentuk portal, ebook, software, video, apps, dan sebagainya tidak kira dari laman web ini mahupun dari Shopee Store kami yang beralamat di www.shopee.com.my/afiqasyraf.co .

1. Kandugan Laman Web

Semua kandungan yang disediakan di blog atau laman web ini hanya untuk tujuan maklumat sahaja. Pemilik blog ini tidak memberi gambaran mengenai ketepatan atau kesempurnaan mana-mana maklumat di laman web ini atau didapati dengan mengikuti mana-mana pautan di laman web ini. Pemilik tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kesilapan atau ketinggalan dalam maklumat ini atau untuk ketersediaan maklumat ini. Pemilik tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian, kecederaan, atau ganti rugi dari paparan atau penggunaan maklumat ini. Terma dan syarat penggunaan ini boleh berubah pada bila-bila masa dan tanpa notis.

2. Kesilapan Maklumat

Sebagaimana kami mengambil tanggungjawab terhadap kesemua kesahihan maklumat di laman web ini dari masa ke semasa, tetapi mungkin sahaja terdapat beberapa maklumat di laman web atau di dalam maklumat penjualan, artikel, bahan promosi, invois atau sebarang maklumat atau dokumen yang dikeluarkan oleh pihak kami yang mungkin mengandungi salah eja, ketidaktepatan atau kesalahan dalam maklumat produk & perkhidmatan serta pelan pemasaran.

AfiqAsyraf.com berhak untuk membetulkan mana-mana kesilapan, ketidaktepatan atau kesalahan atau mengemaskini sebarang maklumat tanpa memberi notis ( termasuk selepas penjualan) tanpa sebarang liabiliti terhadap pihak kami. AfiqAsyraf.com tidak akan terikat dengan mana-mana ketidaksahihan maklumat yang terdapat di laman web ini atau di mana-mana dokumen atau maklumat yang dikeluarkan oleh pihak kami.

Pihak kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menerima maklumat yang salah dari pelanggan/pengunjung kami yang lain.

3. Liabiliti

Segala maklumat yang anda perolehi dari produk digital kami adalah dari pihak ketiga dan kami tidak bertanggungjawab dengan sebarang isi kandungan maklumat tersebut. Anda digalakkan untuk merujuk kepada sumber lain sebelum anda membuat sebarang keputusan atas saranan kandungan didalam maklumat produk digital tersebut.

Pihak kami juga tidak bertanggungjawab keatas sebarang kerugian yang dialami ketika menggunakan laman web atau produk digital kami.

4. Tanggungjawab Pengunjung

Anda sebagai pelanggan/pengunjung perlu menjaga nama baik AfiqAsyraf.com dan anda tidak dibenarkan sama sekali membuat sebarang kenyataan yang boleh memburukkan dan menjejaskan nama AfiqAsyraf.com. Segala permasalahan yang timbul hendaklah dirujuk kepada pihak kami terlebih dahulu sebelum anda membuat sebarang tindakan. Pihak kami akan cuba mencari jalan penyelesaian dengan cara yang baik.

5. Hak Cipta

Laman web AfiqAsyraf.com dan kandungannya adalah hak cipta terpelihara. Kandungan di laman web dan laman web sendiri merupakan hak milik terpelihara dan tidak boleh digunakan oleh pengunjung laman web.

6. Keselamatan

Sebarang maklumat anda akan melalui keselamatan pelanggan layar menggunakan SSL (secure socket layer) teknologi enkripsi yang merupakan piawaian industri. Anda juga sebagai pengunjung/pelanggan tidak dibenarkan sama sekali menceroboh mana-mana bahagian dalam laman web yang telah ditetapkan.

7. Perlanggaran mana-mana syarat dan terma yang telah ditetapkan

Anda telah dianggap bersetuju untuk terikat dengan semua terma dan syarat di atas sebaik sahaja laman web ini diakses. Oleh kerana itu, anda hendaklah sentiasa mematuhi segala peraturan syarat dan terma yang telah ditetapkan sebaik sahaja mengakses laman web ini. Pihak AfiqAsyraf.com (AA Publications) berhak menyekat atau menghalang anda dari menggunakan, mengakses atau menarik kembali segala kelebihan yang diperoleh sekiranya anda melanggar syarat dan terma yang telah ditetapkan.

Pihak kami berhak untuk menambah atau mengubah sebarang syarat & terma demi kebaikan semua pihak tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Tarikh terakhir terma dan syarat ini diubah adalah pada 05 Februari 2021